2011年11月28日星期一

皇后镇防洪湖垃圾闸损坏(AA105)

档案编号:AA/105

投诉皇后镇防洪湖垃圾闸损坏




APBTR/2010/Aduan/AA/105

7 Jun 20I0

Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Sultan Sallahudin,
50626 Kuala Lumpur
(u.p : Encik Yusli bin Mohamad)
(Zon Selatan)

Tuan,

KEROSAKAN SISTEM TAPISAN (FILTER) SAMPAH Dl KOLAM TAKUNGAN BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk maklumat pihak tuan, penduduk di sekitar Bandar Sri Permaisuri telah ke Pejabat YAB Tan Sri Khalid untuk membuat aduan mengenai bau busuk serta sampah di kolam takungan tersebut.

3. Kami difahamkan, kedua-dua sistem tapisan (filter) sampah di kolam tersebut telah rpsak dan ini menyebabkan sampah tidak dapat ditapis oleh kolam tersebut.

4. Justeru itu, kami berharap tindakan segera daripada pihak tuan untuk menyelesaikan masalah tersebut seberapa segera memandangkan penduduk sekitar terlalu banyak membuat aduan mengenai perkara di atas.

Segala kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.




APBTR/2010/AduanlAA/105

KEROSAKAN SISTEM TAPISAN (FILTER) SAMPAH Dl KOLAM TAKUNGAN BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS

sk.
Endk Lim Lye Hock,
24A, Wla Laman Tasik
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur





Pejabat,
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,
No. 41-1, Oalan Dwi Tasik 1,
Dataran Dwi Tasik, Bandar Seri Permaisuri,
56000 KUALA LUMPUR.
(u.p : Encik Azman bin Hj Abidin)                                        Fax : 03-9171 9200

Tuan,

Kolam Takungan Banjir Sri Johor, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan, Kolam Sri Johor sediada seluas 20 hektar yang berada kira-kira 6.5 km di bahagian hulu Sg. Kerayong - Sg. Kiang telah dikenaipasti sebagai "off-line flood detention pond". Objektit utama pelaksanaan projek ini adalah untuk melencong aliran puncak 100 tahun dari kawasan tadahan Sg. Kerayong ke dalam Kolam Sri Johor untuk menakung sementara aliran puncak tersebut dimana kuantiti aliran ke hilir akan berkurangan daripada 570 m3/s kepada 400 m3/s yang secara langsung akan mengatasi masaiah banjir di kawasan hilir Sg. Kerayong.

3. Pihak jabatan telah memasang "log boom" yang berfungsi untuk memerangkap sampah tetapi apabila hujan terlalu lebat, kelajuan air dan kuantiti sampah yang banyak menyebabkan sampah-sarap tersebut melepasi dan mengakibatkan "log boom" berkenaan terputus dan memasuki kolam takungan banjir tersebut. Pihak jabatan juga telah melantik kontraktor untuk mengumpul dan mengangkut keluar sampah-sarap daripada log boom dan kawasan permukaan air kolam yang mempunyai keluasan 20 hektar. Kekerapan kerja mengumpul sampah-sarap ini dilaksanakan secara harian dan dipantau oleh Juruteknik jabatan ini dan memang diakui sukar untuk membersihkan kawasan tersebut dalam masa yang singkat selepas hujan. Pihak jabatan tidak dapat menaikkan kekerapan pengumpulan sampah memandangkan peruntukan yang terhad.

4 Untuk makluman tuan juga, pihak jabatan ini bersama dengan Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Malaysia juga sedang mengkaji keadah terbaik untuk mengatasi masalah kualiti air yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan penduduk sekitar kolam tersebut. Bau yang kurang menyenangkan tersebut adalah berpunca daripada pencemaran Sungai Kerayong yang melalui kawasan perindustrian dan penyaluran bahan buangan dari rumah individu, pasar dan kawasan komersil. Oleh yang demikian, diharap pihak tuan juga dapat mengadakan program-program untuk memupuk kesedaran bagi mengatasi masalah pencemaran sungai.
























结果:直辖区河流与灌溉局覆函:该局会关注及着手维修工作。


===

0 评论:

发表评论

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews