案件:cck/357
吉隆坡蕉赖路联成花园向本中心投诉,该区卫生环境恶劣,影响居民健康:cck/357
Ruj. Kcmi: APBTR/2011 /Adua/!CCK/DBKU35 7
34 Oktober 2011
Pengurus Kawasan,
Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
No. 10 - 14 Jalan Jujur 3, Bandar Tun Razak, Cheras,
56000 Kuaia Lumpur
Tuan,
SURAT DARI PENIAGA-PENLAGA jALAN 2, TAMAN LEN SENG, CHERAS Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama ini disertakan salinan surat aduan daripada wakii Deniaga-peniaga Jalan 2, Taman Len Seng'untuk makluman dan tindakan tuan seianjutnya. Masalah yang mereka hadapi ada dinyatakan di surat tersebut.
3. Oieh yang demikian, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memohon agar satu tindakan dapat dijalankan oieh pihak tuan untuk mengenaipasti masaiah seperti yang diadukan oleh pengadu terbabit. Peniasa-Peniasa di kawasan tersebut amat berharap pihak DBKL daoat membuat siasatan.
Tindakan sewajarnya daripada oihak tuan amatlah dihargai.
Sekian dimakiumkan, terima kasih.
'BERKHiDMAT UNTUK RAKYAT'
Saya yang berusaha,
MASALAH LONGKANG TERSUMBAT DI JALAN DUA TAMAN LEN SENG
Adalah kami peniaga-peniaga di Sepanjang Jalan Dua Taman Len SengBatu 6 54 Jalan Cheras 56000 Kuala Lumpur ingin mengajukan Aduan dan Permohonan bagi pihak berwajid supaya meyelesaikan masalah longkang tersumbat dihadapan kedai-kedai kami seperti dialamat diatas.
Untuk pengaetahuan pihak tuan, longkang-longkang dihadapan kedai kami sudah lama tidak dibersihkan dan sudah tersumbat sejak sekian Iama. Kami telah mengajukan perkara ini beberapa kali ke pihak DBKL tetapi masih beluan ada tindakan susulan dibuat. Kami harap pihak tuan dapat menimbang untuk membantu kami mengatasi masalah ini bagi mengelakkan kami terus didalam kesulitan.
Untuk pengetahuan pihak tuan, kami tidak berniaga secara gerai. Kami adalah pemilik lot kedai disepanjang jalan ini. Pada setiap minggu pada hari isnin terdapat peniaga-peniaga pasar malam dijalan hadapan kedai-kedai kami. Kami sering memerhatikan peniaga-peniaga pasar malam membuang sampah sarap serta baki-baki jualan mereka kedalam longkang. Ini termasuklah baki-baki minyak selepas menggoreng makanan juga dibuang kedalam longkang. Kami telah berusaha menegur namun sering menyebabkan pertengkaran antara kami dan peniaga-peniaga tersebut.
Kedudukan kedai kami yang menuruni bukit menyebabkan semua sampah-sampah sarap terkumpul dibahagian bawah dimana masalah ini sangat kritikal sekali. Semua sampah-sampah ini bertakung dan menyebabkan berlaku longkang tersumbat. Kedai-kedai kami adalah kedai tetap dimana kami membayar cukai pintu dan kami mempunyai tong sampah yang tetap dan dipungut oleh DBKL. Adalah tidak adil jika kami yang menjadi mangsa perbutan membuang sampah kelongkang oleh peniaga pasar malam sedangkan kami mematuhi peraturan membuang sampah kedalam tong-tong sampah yang telah disediakan.
Kami peniaga-peniaga rasa terganggu dengan keadaan ini. Akibat longkang yang tersumbat kedai-kedai kami terdapat gangguan bau busuk yang datang dari longkang yang mana terdapat berbagi-bagai benda yang tidak kami ketahui. Terdapat juga Binatang-binatang berbisa seperti lipan, ular dan tikus-tikus yang kami kuatir akan merbahayakan kami serta pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai kami. Selain dari itu kami bimbang takungan air longkang ini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan boleh merebakkan penyakit berjangkit.
Rekod kami disini juga jelas bahawa longkang-longkang didepan kedai kami sudah lama tidak dibersihkan oleh pihak berwajib. Apabila berlaku hujan sahaja air longkang akan tersumbat dan kedai-kedai kami sering berlaku banjir kilat. Kejadian ini menyebabkan barang-rang kami menjadi rosak kerana terkena air banjir. Kami benar-benar berharap pihak tuan akan dapat memberikan perhatian kepada permohonan ini kerana selain dari sebab-sebab diatas, kami juga sering mendapat rungutan dari pelanggan-pelanggan kami mengatakan kedai kami tidak bersih akibat bau busuk yang kuat dari longgakang yang
结果:
本中心视察后收集商家签章,于2011年10月致函市代为申诉。乞今尚未获当局回覆。
0 评论:
发表评论