2011年11月28日星期一

电流分电站破损(CCK157)

档案编号:CCK/157

胡姬岭居民投诉草场的电流分电站破损, 危害人身安全





Ruj kami: APBTR/2010/aduan/CCK/l57

27 Julai 2010


Pengurus Kawasan (Kuala Lumpur)
Bahagian Pembahagian TNB
12, Jalan 1/37C, Bedford Business Park,
Batu 5, Jalan Kelang Lama,
58200 Kuala Lumpur

Tuan,

ADUAN MENGENAI PETI TNB ATAU SUB-STATION (TNB) Dl PADANG PERMAINAN Dl TAMAN BUKIT ANGGERIK, CHERAS KUALA LUMPUR

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah menerima aduan dari
penduduk-penduduk Taman Bukit Anggerik, Cheras memaklumkan bahawa terdapat I peti sub-
station milik TNB tidak berkunci dan terlalu hampir dengan taman permainan kanak-kanak di
Padang Bukit Anggerik Jalan 28/154, Taman BK A, Cheras Kuala Lumpur. (Gambar dilampirkan).

3. Susulan daripada aduan tersebut penduduk mendakwa baru-baru ini seorang kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 10 tahun telah terkena renjatan elektrik akibat daripada bermain di
kawasan berdekatan dan peti tersebut tidak bertutup.

4. Oleh yang demikian, Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memohon agar satu tindakan
dapat dijalankan demi keselamatan penduduk di kawasan tersebut.

Tindakan sewajarnya daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT"










结果:国能表示那是市政局管辖的地方,市政局原来有人负责维修给分站。

0 评论:

发表评论

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews