2011年12月4日星期日

新街场埠居民要求增建停车场(CCK181)

档案编号:CCK/181

新街场埠居民要求增建停车场



Peniaga-Peniaga Pekan Sg. Besi

11 Ogos 2010

Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
No. 10-14 Jalan Jujur 3,
Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON DIWUJUDKAN TEMPAT LETAK KERETA DI PEKAN SG BESI

Kami adalah pemilik-pemilik kedai penjaja pasar dan penduduk di sekitar Jalan Suasa 1, 2, 3 dan 4 Bandar Sg Besi telah menghadapi kesukaran untuk meletakkan kenderaan di kawasan ini memandangkan Pekan Sg Besi kini semakin sesak dengan pengunjung luar yang datang ke pekan tersebut.

2. Tempat letak kereta juga banyak digunakan oleh pengunjung yang menaiki LRT dan meletakkan kenderaan terbabit di sekitar kawasan Sg Besi ini.

3. Ini amat menyukarkan kami peniaga disini dan kami tiada pilihan lain terpaksa meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan. Tetapi malang buat kami, kenderaan kami kerap kali disaman oleh pihak DBKL, Pohs atau JPJ. Dalam sehari, kami akan menerima saman hingga 3 kali.

4. Kami memohon agar pihak DBKL datang mehhat sendiri situasi yang kami hadapi. Kesulitan yang kami alami sekarang ialah Pekan Sg Besi kini semakin sempit dan masalah parking adalah masalah keutamaan bagi peniaga seperti kami.

Keperihatinan dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai Sekian terima kasih.

﹣2﹣








结果:当局至今尚未覆函 




===

0 评论:

发表评论

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews